May 19, 2010

Ibu....Adik cume nak tanye je...


Adik...cuma nak tanya je ibu, kenapa begini jadinya? 
Cinta Februari Bu, adik Cuma ingin bertanya…


Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya. ..

Ibu ingat 14 Feb tak?
Malam tu ibu ada janji temu....
Ibu jumpa jejaka tu...
Ibu kata dia cintakan ibu..
Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?



Kenapa dia tidak ada sama menyambut adik?
Kemana dia telah pergi tidak azankan adik?
Mengapa ibu pun benci adik?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?


Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidakkah lagi ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....





No comments: