June 24, 2010

Psttt...MJ...hahahahaha....

Ops! ini bukan promosi barangan MJ yang iklan kat tv tu okeh? Aku sekadar nak wat n3 tentang Malam Jumaat...atau ringkasnye MJ..hohoho..
Eeeee..sukenye diye...sape tak suke bile tibe malam Jumaat, sila angkat tangan?
Ha...suke bebeno ngkome kalo malam Jumaat yek?.
Okayla...memandangkan hari ini adalah hari Khamis, dan malamnye pulak adalah merupakan malam Jumaat...makanye marilah aku ajarkan serba sedikit perkare-perkare sunat yang boleh dibuat malam nie dan tak payah penat-penat korang nak search sane, search sini..tenet sane, tenet sini....
Dibawah ni aku paparkan salah satu contoh aktiviti atau amalan sunat yang korang nak sangat tau tu...meh bace;

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya,
dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran
paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak:
empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinya
yang sedang menyusu anak bongsu mereka.
“Tak boleh bang. Sebab anak-anak kita masih belum tidur, nanti saya
tidurkan mereka dulu.”
“Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran”
balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan
songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia
untuk memulakan kerja ibadahnya..


“BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM”


“Bang…!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa
khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.


” SODAQALLAHUL’AZEEM “

Tu la dahsyatnya malam Jumaat..nak tidor cepat, mengaji dulu..tak banyak, sikitpun jadile...hehehe..korang pikir ape?...Sengal ke hape aku nak bukak citer biru kat sini..? Agak-agak arr…

Ape-apepun sebenornye terpulangle kat korang nak wat ape malam nie...yang penting korang dapat pahale sunat..kalau nak lebih lagi pahale...buatle amalan sunat tu, dengan ikhlas....hehehehe..Sekadar bace Bismillahpun bleh dapat fadhilat tau...tak caye ke..? Ha..bace yang ni pulak...;

Fadhilat Basmallah.
  1. Barangsiapa membaca Bismillah 21x ketika hendak tidur, maka aman ia dari syaitan, kecurian, maut  mendadak dan bala.
  2. Barangsiapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak), maka anaknya kelak cerdas dan terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
  3. Barangsiapa membaca Bismillah 41x pada telinga orang pengsan maka ia akan segera siuman.
  4. Barangsiapa membaca Bismillah 313x dan selawat atas Nabi Muhammad S.A.W 100x pada hari Ahad di saat matahari terbit dengan menghadap ke kiblat, maka Allah Taala memberi rezeki tanpa di duga bersamaan fadhal dan kemurahan Allah Taala.
  5. Barangsiapa membaca Bismillah 786x, di tiupkan pada air lalu di minumkan kepada orang yang bebal selama tujuh hari di saat matahari terbit maka lenyaplah kebebalannya dan ia akan hafal apa yang di dengarnya.
  6. Barangsiapa membaca Bismillah 50x di hadapan orang zalim atau penguasa yang bengis maka ia akan tunduk atau ketakutan.
  7. Barangsiapa menulis Bismillah 101x di atas kertas lalu di letakan di sawah padinya maka sawahnya akan subur dan terpelihara dari bencana. Dan kalau ditulis pada kain kafan 70x maka mayat yang berselimut kafan itu akan aman dari bahaya Munkar dan Nakir juga ia terlindung dari siksa kubur...
....Wallahua'lam.....


June 23, 2010

Alamak!!!..Lupala...Adoi...

N3 kali ni memang ade kene mengene ngan tajuk di atas...dan tajuk di atas tu adalah juge merupekan ayat yang selalu jugakle terpacul keluor dari mulut aku tanpa aku sengajekan..iyela dah aku tak sengaje terlupe...tak hengat..nak buat apenye..tapi terkadang tu ade jugele bab2 yang sengaje aku buat-buat lupe..hehehe..

Jadi, hari ni aku nak kongsile serbe sedikit tips bagi mengelakkan lupe ataupun hilang daya nak mengingat atau senang citer Tumpul Minda la...huk!huk!huk!.

Antara perkara-perkara yang perlu kita lakukan ialah :
  1. Kurangkan makan bawang besar.
  2. Kurangkan makan berempah.
  3. Kurangkan makan ketumbar kering.
  4. Kurangkan menonton hiburan.
  5. Kurangkan membaca majalah hiburan.
  6. Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak.
  7. Kurangkan minuman air batu,air dalam tin (100 plus n lain2).
  8. Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2.
  9. Jangan makan kepala ikan...lupekan kari kepale ikan..owh! sadisnye...
  10. Jangan minum air yang ada semut...jage2 kalo suke minum kopi..
  11. Jangan tidur selepas subuh.
  12. Jangan tidur selepas asar.
  13. Jangan tidur selepas makan.
  14. Jangan makan terlalu kenyang.
  15. Jangan makan berat selepas jam 9..00 malam.
  16. Jangan menyapu rumah pada waktu malam.
  17. Jangan makan yang masam-masam berlebihan.
  18. Jangan dicampur makan laut n darat dalam satu hidangan
  19. Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam.
Perkara-perkara yang perlu diamalkan:


  1. Selalu makan buah manisan seperti kurma n lain2.
  2. Selalu makan makanan yang panas2.
  3. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam n lain2.
  4. Selalu minum air masak.
  5. Selalu makan ulam2.
  6. Selalu mengamalkan pandangan hijau.
  7. Selalu bersenam.
  8. Selalu menggunakan imaginasi otak.
  9. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya.
  10. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/sungai (yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutamanya pada waktu pagi) yang mana ianya amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu .Ianya terlalu sedikit.
  11. Jangan ego.
  12. Jangan dengki pada orang lain.
  13. Jangan makan dari sumber yang tidak halal.
  14. Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal.
  15. Jangan makan makanan yang ada pewarna.
  16. Jangan makan makanan yang ada pengawet.
  17. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali....
  18. Jangan mandi selepas 9.00malam
......Dan yang paling penting dibawah ini......
Selamat beramal.....

  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana IA membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat).
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  11. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  12. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan.. Kita hilang bahagia.
  13. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  15. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  16. Jangan biasakan berbohong, kerana IA adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  19. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu Dan mengampuni bagimu Dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah Dan Rasul-Nya, maka Sesungguhnya IA telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71) -

Sekian..n3 hari ini..semoga bermanfaat untuk aku dan korang-korang juge....



June 18, 2010

ERR..CIKGUPUN BERUK JUGE ??


Di sebuah kelas tadika kedengaran dua kanak-kanak sedang bergaduh.

Aiman : Kau memang beruklah!
Ahmad : Kaula beruk!
Aiman : Eh! Kau yang beruk, kata aku pulak!


Beberapa minit kemudian, muncullah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Kenapa gaduh-gaduh ni? Tak baik tau!
Aiman:  Beruk ni kata saya beruk cikgu.
Cikgu : Aiman..Ahmad..mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama ‘kan?
Aiman & Ahmad : (serentak) sama cikgu!!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu…sama jugak ‘kan?
Aiman & Ahmad : Sama juga cikgu!!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, maknanya kalau Aiman BERUK, kamupun BERUK jugaklah Ahmad! Faham?
Aiman & Ahmad : Faham cikgu!
Ahmad : Tapi..errr...ngape tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami?. Cikgupun BERUK juga la yea..?

Huah! Huah! Huah!






PELIKNYE KOME NIE....

PELIKnYE, duit RM50 terase begitu besor bile dibawak ke kotak derme masjid, tapi begitu kecil bile dibawak ke pasaraye.

PELIKnYE, 30 minit rase terlalu lame untuk berzikir. Tapi betape pendeknye waktu itu untuk satu cerite komedi.

PELIKnYE, betape lamenye 1 jam berade dimasjid. Tapi betape cepatnye 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

PELIKnYE, tak sampai 30 minit dengor khutbah jumaat, dah rase jemu. Tapi tak pernah puas dengor lagu diradio walau dah ulang berkali-kali.

PELIKnYE, dengor iklan jualan murah dalam tv, rasa tak sabar-sabar nak gi shopping. Tapi dengar bila dengar laungan azan, tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

PELIKnYE, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi. Tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.

PELIKnYE, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat. Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

PELIKnYE, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita. Tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bacaannya lama dan panjang.

PELIKnYE, rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman. Tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman habis dilahap.

PELIKnYE, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert. Tapi berebut cari saf paling belakang bila solat jemaah/ Jumaat...

PELIKnYE, susahnya mengajak orang menyebarkan dakwah. Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

PELIKnYE, kita begitu percaya pada yang disiarakan di email, yang dilayang diinternet. Tapi kita sering
mempertikan apa yang dikatakan Al-Quran.

PELIKnYE, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam e-mail. Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua ke tiga kali.

PELIK TAK KOME.....?
Tepuk dade....tanyele iman dihati.




June 17, 2010

renungan BUAT PARA SUAMI - HARGAILAH isteri..

Semalam, aku ada terime email sebuah tulisan yang cukup menarik yang dihantar dari blog pakar how to. Akupun nak kongsi gak la kat blog aku ni. Sebelum tu aku nak kasik credit kat tuan blog pakar how to hehehe..metacih!
Tulisan ini ditujukan khusus untuk para suami sebagai renungan. Para isteri, jangan la ambil kesempatan pula yer.

BUAT PARA SUAMI - HARGAILAH PARA ISTERI...

kisahnye cenggini wey, Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam yang syahdu ~~~~


Mat telah berdoa,“Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu, betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah. “







Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.


Dekat 2 jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.


Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.




Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, “Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,“Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….”

Whatttt???… 9 bulan 10 hari??? …..Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!


Tiba-tiba~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??”

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,

“Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? Cepat jawab Nab, jawab!!!”


“Laaaaa… buang tabiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni…..”


Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya hari itu………

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai untuk anda. Jadi, para suami di luar sana, hargailah isteri anda yer.





June 10, 2010

Attennnnnnnnntion!

Akupun Dapat Cheque Nuffnang Gak....hehehe..

Ops! sile ketepikan segale hasad dengki..okay?
Ha.., make dengan riyaknye..aku nak maklumkanle yang semalam aku time cheque ni dari Nuffnang MOCCIS...(mmm beranganle aku nak time cheque dari Nuffnang..). Hampir 3 tahun aku tunggu..akhirnye baru le menjelme..Alhamdulillah...rezeki aku lagi.

Alkisahnye, cheque ni aku dapat sebab sebelum resign dari Hicom Yamaha dulu, aku settlekan segale pinjaman kat MOCCIS , pastu aku stop dari jadi ahli diye..jadinye segale bayaran bulanan 50 hengget yang aku byr tiap2 bln tu diye pulangkan le balik kat aku...punyele lame utk diye bayor balik kat aku..tapi, takpe le..lamepun tak kisah ar..daripade tak dibayor lansung...tak ke naye?..Orang kate, bior lambat sampae,  jangan tak sampae-sampae...

Amount diye takle banyak mane kalo nak compare ngan cheque yang Nuff kasik kat Big Mama tu 'kan? tapi, utk orang anak ramai cam aku ni..syukur Alhamdulillah. Ok, setop!

err..laporan balik kg aku smlm tak abis lg 'kan?.

Day 2 - Lepak kat Bt Gajah umah abg aku..
..ni gaye lepak freestyle...

Sblm Asar bertolak balik ke Puchong.
Singgah kat Sg. Besar..pancing ikan kain kat Arked Man..dapat 2 helai..

..kain murah je..pade harge yang mampu aku beli..

Anak-anak nak singgah i-city Shah Alam..layannn

..punye le sesak jalan..



...salah sorang pengunjung yg menyebabkan kesesakan kat i-city mlm tu...

Sebelum balik umah, singgah makan kfc kat tepi Federal Highway tu..
...waaa makanle sampai kenyang..eh! dapat meinan la....

Sekian...tu je citer hari ni...




June 7, 2010

1 hari di Kg. Lambor-Bote-Kg. Gajah

Balik kg kali ni tak teruja la sgt coz takde geng..Si Sara dah kawen n pindah ke Sentul..Angah pindah Puchong..menempek laki bini kat umah aku…ceh! Sound cam tension jer..takde la..aku yg suh die dok kat umah aku..sementara nak kumpul2 duit wat modal idup sendiri ‘kan? . (Murah hati sungguh Acu die ni…). Along? dulu, menempek gak kat umah aku setahun, la ni pindah dok KL..elok la tu...

Huh! kali ni sume kene wat sendiri..sebab Uja lak dh ikut rombongan Cik Kiah ke Negeri 9...

1st day tu…Pagi-pagi hari tu, bese le..mesti kene bangun tidor dulu, 'kan?..hehehehe..Pastu Abg aku lak tiba dari Batu Gajah..die ni mmg hari2 blk umah arwah mak aku ni..die kata kalo sehari tak tengok umah mak ni, ish! tak senang ati r..jadi, tiap2 ptg die akan ulang alik dari Bt. Gajah ke Lambor ni, adela lbh kurang 45 mnt memandu dgn kelajuan 80km/jam kot...ntahla, akupun main bedal je..


ni la umah peninggalan arwah mak n apak aku..
umah ni la yang buat Abg aku balik kg hari2....umah kecik je..tp kenangannye..Banyakkkk..

T/ghari - g kenduri kawen ngan akak aku kat Tlk Bakong, hubby aku layan anak2 kat umah..aku, kalo g umah org kenduri..tak gemor lelame..sampai je; aku salam..tunjuk muke kat tuan umah…tegur sapa yg penting2 je terus g makan..makan ala kadar dah la, pas2 salam sekali lagi (sambil tu hulur a..takkan makan free kot?), mintak diri, balik..tak yah dok lelame..ade ramai lg tetamu nak makan tu..jgn nyusahkan orang.
On the way balik umah tu, akak aku ajak singgah jap kat warung sape ntah..tapi kat tepi sungai, Kg. Bt 16.. wau!..die beli abc, nasi lemak, (eh! t/hari makan nasi lemak?), karipap, burger, kuih koci..ah! mcm2 ada le.. utk anak2 aku kt umah..best giler akak aku nih..die n abg aku mmg tak dinafikan, diowang mmg hepi giler kalo aku blk kg..aku kan ank bongsu, anak2 kecik lagi lak tu..jadi, kalo aku balik tu, diowang rase cam layan anak cucu je le..untungkan aku?..Alhamdulillah...

lawa 'kan?..wey, pemandangan kat blkg tu la...cis!..lawa yg aku maksudkan adalah bersih..
bagi aku, arwah mak aku ajo la..kalo bersih je, mesti le lawa.. kalo lawa je, mesti kene bersih...
jadi, kalo nak lawa tu..kenele bersih dulu..baru la lawa....

Ptg - bawak ank2 pusing kg...suke aku tengok kenah diorang...mcm2 adaa..Astropun takde cenggini..balik2 ulang citer tu, balik2 citer ni..hek ele..dari membazir bayor bil Astro tu, baikle simpan duit utk masa depan, beli insuran utk anak2 ke..ade gak pekdahnye..eh! aku bukanla seorang ejen insuran yang sedang buat promosi..OK?..

kecik2 dulu rajinle aku ronda2 kat tepi Sg. Perak ni, cari pucuk paku wat masak lemak cili api...sedapnye..mabelles!

Sg. Perak..zaman aku bebudak maghen ade la org mandi-mande kt sini..tapi, aku tak penah merase...sebabnye mak apak aku ni... "bior anak melalak, jangan mak apak meraung..." .
Takut aku lemas le tuuu...

Nie Ayam Blended...(anak aku cakap r....), budak kemaruk Ice Blended , inile hasilnye..

 menyinggah kat depan sekolah mase kecik2 dulu..Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan..
kat sini le aku belajo A,B,C sampai le Z...

Tak jauh la dari kg aku..adalah dalam 10mnt pemanduan, pada kelajuan 45km/jam..hehehe...ade tempat pembiakan Tuntung..apsal nama die Tuntung akupun tak tau..tapi rupe die iras2 kure-kure n penyu..aku terpakse bawak anak sampai sini sebab itu permintaan diorang tahap meronta-meronta...diorang dulu dah penah sampai sini...itu le pasal..tapi aku, ini le pes time!

Tak..Tak..kitowang datang...meh le syini....". Bile mase anak aku register name
Tuntung ni jadi Tak..pun aku tak tau...

Dah penat ke ulu, moh kite meronda belah-belah eyo plak..
Bawak diorg g jenjalan kat Kompleks Sejarah Pasir Salak plak...cis! tak bleh masuk la..pintu pagor berkunci..sebab takleh masuk, makcik yang jual Ayo Nyor kat tepi pagor tu pun tak tau..apatah lagi aku...
Maka, dengan itu..akupun balikla...alang2 lalu kat depan resort tu, akupun nyinggah le kejap..nak tengok suasana kat resort tu cemane...hasilnye ini le rupe..

1 unit ade 2 bilik;  Rege  Isnin~Khamis RM104, Jumaat~Ahad RM157..semuenye ade 50 unit.

Kolam tak bape besor la..mungkin sbb org tak ramai dtg sini..maklumle resort dlm kampung..

Mujurla anak2 aku takde keinginan nak mandi kat kolam tu, ataupun tidor kat resort nih..kalo tak..nayo makcik!.
Ok..dah nak masuk waktu Maghrib..jom kite balik umah dulu..

Errr..citer selanjutnye esok r...aku ade kje nak dibuat..nanti bos tangkap tak pasal2 kne buang kje..