August 10, 2010




"Wahai Tuhanku.
 Aku tidak memohon agar tertegahnya
apa yang Engkau mahu tentukan ke atasku.
Tetapi, aku memohon sokonganMu (kepadaku)
dengan bantuanMu kepadaku dalam setiap ketentuanMu ke atasku..
Wahai Tuhanku, aku mengadu kepadaMu akan
lemahnya diriku…".

Al-Fatihah..





August 9, 2010

Selamat Berpuasa...



Bulan posepun dah hampir sesangat ..tinggae 2hr je lg..jadi, paham-paham je le..sape yg belum abih berganti lg pose tahun lepas tuh, takde maknenye korang nak ganti time-time cenggini...tahun depan hukumnye bergande2 le korang mengganti OK? tu le, sape suruh tangguh2 ganti pose? Dedulu, Ustazah kome tak ajor ke ?


OK, lain takde ape nak tulis..cume aku nak mintak ampun, mintak maaf, mintak halalkan makan minum yg korang dah bagi kat aku..mintak halalkan kesalahan dan keterlanjuran perkataan2 aku...mintak dimaafkan segale dose dan kesalahan aku terhadap korang, samade yang aku sengaje atao idak..

Alhamdulillah..mulai dari saat ini aku halalkan dan aku maafkan segale kesilapan dan kesalahan korang terhadap aku, dan terhadap keluarga aku..InsyaAllah aku tak ndak nyimpan dendam, tak ndak nyimpan rase kecik ati, tak ndak nyimpan rase getik dan sebagainye terhadap korang sumer lagi...Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, aku bagi korang semua kemaafan PERCUMA...takde ape yang aku harapkan lagi..hanye satu je..

"aku betoi2 mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna, bagi diri aku dan seisi keluarga aku serta semua muslimin dan muslimat....semoga segala amalan baik kite semua akan berganda2 meningkatnya, dan diredhai Allah SWT hendakNya..Aminnn.."

"Ya Allah...ampunilah dosa-dosa kami, dosa suami kami, dosa kedua ibu dan bapa kami, dosa anak2 kami, dosa saudara2 kami, dosa guru2 kami, dosa pemimpin2 kami serta dosa sekelian muslimin dan muslimat..".



August 4, 2010

Hangin Jerr..


hari ini aku hangin satu badan....

nak tau sebab apa?
-
-
sebab semalam aku makan masak lemak pucuk manis...
-
-
pucuk manis  masak lemak, campur lak ngan keledek & udang....
-
-
pastu bedal pulak puding sagu gula melaka....
-
-
nak tau dari mane aku dapat?
-
-
beli la Nyah..

takkan dia datang golek-golek kuttt...


argh!!!!!! sengal wey..


**kompen korangpun tengah sengal juge 'kan?


August 2, 2010

tak tau la nak boh tajuk ape.. bace je la..

cam biasa la, hari ni aku xd banyak keje pun kat opis..bosan maa..pagi tadi sesampai je kat opis, aku terus bukak fb..layan jap..ape aku nak update kat wall tu ekk? Haaa..dapek 1 idea..i wrote, 3 sifat yang menyebabkan penyandangnye tidak tenteram dalam hidupnye; IRI HATI, DENGKI n BURUK AKHLAKnya..ceh! OK tak? OKla ‘kan??? Daripade aku update mende bukan2..mcm kempunan telor ikan temakul ke, mmm malam tadi tido sorang sebab lakiku enjoy gi dangdut ke....arg!!! lansung tade pekdah ‘kan???? Muahahaha...

tiit! tiit! ops! tetibe tipon bunyik..ade sms masuk..”kak, da gaji lum..??”. “Ish! syian budak nie..” aku bls sms dia..”bulan ni gaji lambat skt..mgkin Jumaat kot”…”huhuhuh..sedihnye kak, tak larat nak kuar duit tol ni..”. Gasakla ko..kalola dapek tidor time nih...zzzzzzzz..


errrr ape ek nak citer..? haa, aku rasa kan sejak akhir-akhir ni aku cam nak terase ati lak kat mak mertua aku…tapi, ala..apakan daya aku..aku ni kan menantu…? Dah tu tak pandai bodek lak tu mcm menantu2 yang laen tuh..isk! aku tak suke hipokrit..tapi kalo nak terus-terangpun tengok keadaan la juge ‘kan??. Tapi, takpe..Alhamdulillah aku masih sabor dan belum pernah bersifat KORANG AJOR lagi..abis2 kuatpun aku tak gi umah dia lame skt je,adela 2 bulan..muahahah..waka! waka! nasib diala, dapek menantu sensitip macam aku nih..’kan?. ape aku tak sensitipnye, dah kekadang die..argh!! malas nak citer arrr..org tua le katakannnn..sewajarnye la aku menghormati dia sepertimane aku hormat mak ayah aku sendiri…owh!! syahdunye rase…kalola arwah mak aku masih ada, lame dah aku ngadu kat dia..dan semestinyala ayat-ayat power mak aku akan menyejukkan hati aku…” kalo sayang mak, mesti kena sayang mentua juge..esok2 dah tua..anak menantu pulak pilih kasih ngan kita…..”.huwaaaaa….

hari minggu semalam aku gi umah mertua aku tu..muahahah..ade ke patut biras aku gaduh ngan anak buah die..aka cucu mertua aku tu la..sampai tendang-tendang meja...cis! tak patut lansung..muahahah..dah 2-2 kurang ajor..nasib mak mertua aku juge le..dapek menantu n cucu yang kurang ajor cenggitu..mane tumpahnye kuah kalo idak ke nasi..idak ke lantai..betul tak???..tapi Alhamdulillah..mujur bukan aku…mujur bukan anak2 aku…nak cakap besor tu idakle..tapi biasenye kalo anak aku lama dah aku cili mulut dia ngan cili api..nak ku pukul2 sakit..jadi biorle die kepedas-pedasan n kepanas-panasan dek cili api…mudah-mudahan sok idak terbakor dek api neraka..nau’zubillah..

lepas da gaduh2 tu, mak budak tu pulak datang (adik ipor aku arr)..si biras aku ni mengadule pulak..hek ele minah ni…hal budak2pun nak masuk campur..buang karen btlla..pastu, dia nak ngadu ngan aku..malas nak amek port…sebab aku kenal dia dh lama…sowiii..i x rela dengar aduan u..n mekasih pada baby sebab melalak sungguh2 masa tu..

muahahah..dugaannnn!!!!




July 29, 2010

Balasan Buat Normah...

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung.




Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.


"Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!" jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.


Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.


Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.


Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.
Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.
Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.


" Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya" demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.


Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.
Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah pantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta.


Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.


Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.
Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji.


Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.


Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.
Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wanita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.


Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci.
Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.


Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan emula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.


"Tempat awak di sana!" kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini.


"Nak alas, cari sendiri," kata Halim, lalu menyindir "itupun kalau awak ingat kat mana nak cari… ." Normah ditinggalkan sendirian. Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.


Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.


Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.


"Aku dah agak. Patutlah awak balik… nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?" Halim melepaskan paku buah keras.


"Bukan macam tu bang, saya… " tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas " Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit… .bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?" Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar.


Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.


Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.


Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.


"Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh… memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!" kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.


Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.


Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan.


Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit. Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad.


Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah seta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.


Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas.


" Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu," katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.


" Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana," jawab saya.


Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.


Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.


"Pak cik mana suami dengan anak-anaknya? " saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.


" Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak," kata Haji Shafie kesal.


"Dia marah lagi agaknya," saya menyambung.


"Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku," tambah Haji Shafie.


"Kalau macam tu," tambah saya," bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia."


Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.


"Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu," Haji Shafie merayu.


" Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak.Balik- balik, mengandung… suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya… ". tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.


" Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni," Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun . Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.


Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. "Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan," kata saya.


Lalu saya sebutkan hadis dan firman Allah berkaitan …… Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . " Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! " katanya.


Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka.


Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.


Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.


Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina. "Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang… maafkanlah saya… "dia terus menangis dan meratap.


Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila di permainkan lelaki-lelaki terbabit.


"Abang, Iffa, Aina… marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai… " ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.


Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.


Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanitaitu bertambah parah . Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan . Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.


Haji Shafie sekali lagi menemui saya.


"Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang , Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia," kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata ..


" Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim," kata saya.


Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.


" Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya, " kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.


Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.


" Sa..sa..ya der… haa..ka pada abaaaang.." katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu. " Yalah… "jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.


Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.


Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; " Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah.Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman ".


" Terima kasih ustaz," balas Halim.


Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia . Bagaimanapun , dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.


"Ustaz," Halim memulakan ceritanya, " malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.


" Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.


" Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke ?


" Tiba-tiba Aina menangis . Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar.


" Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad."


" Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.


" Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ".



~~aku dapat dari email..credit pade penulis asal~~

*tak sempurna..maaflah..*

Ntah kenape tibe-tibe….ish!!! mcm ngarut je la..apsal rase cam nak poyozz je hari nie?? Ape bende yg nak aku typekan hari nie??? mmm owh! Tetibe je rase cam teringat kat someone la..nie sume fb nyer pasal la nie..muahahahah..so, dek kerane teingat tu la makanye entry aku kali ni adalah..TERINGAT..muahahaha..


2~3 hari lepas kt fb aku ade signal la yg ade someone dok request nak add aku ..once aku klik je aku tengok laaa..mamat nie..X Bopren aku????. Muahahaha sejak bile pulak dia bijak menggunakan fb nie??? (nampak sangat sebelum ni aku selalu cari2 die kt fb 'kan??? huhuhu..teruknye aku..) sebelum2 ni, aku berhubung gakla ngan dia..email ke, tipon ke..tipon jarang sangat arr..email, selalu…heheheh..pecah rasie aku..So, aku accept je la..muahahaha..tak salah ‘kan?. dan satu perkara yang aku nak korang tau, aku paling tak gemor bila dah clash dengan bopren ni mulala nak BERMUSUH. Mmmm.. memang aku paling tak gemor sekali bermusuh dengan orang yang pernah aku sayang. Yang pernah jadi sebahagian dalam hidup aku. Yang selalu aku panggil dengan nama yang org len tak pernah panggil..hohohohoh..tapi syukurla sebab aku tak pernah panggil dia .BABI or SIAL. walopun mase gaduh...tapi seingat aku, sepanjang mase berkasih-kasihan dulu, sumpah! Tak penah gaduh nyah..3 tahun kao..

Aku clash ngan diapun sebab tade jodoh..tapi aku ingat die kata, “ antara kite dah ade jodoh sebenornye Nyah..cume, rezeki nak idup same je takde..”. mmm..oklah.. sebab rezeki dia nak idup sama ngan aku, aku dah tarik… muahahahah..aku tinggalkan die tanpa sebab, eh! taklah aku bowing ngan die sebab lambat sangat nak menikah ngan aku….hahaha gatal nak kawen tullah aku…yeala kau Pek, dah 3 taon kao usung aku kesane kemari..ingat aku anak dare ape??.yg pasti, aku bukan anak dare rame2 ataopun anak dare kupu2 yg selalu kuor memalam tu...tolong lah!!.
Akupun nak jugak jage name baek fmily aku ‘kan? ‘kan? ‘kan???
erm...sendiri mau ingatlah ‘kannnn????


~laaa..dah blog ni mak aku yg punye, ofkos la ade gamba aku 'kan???~

“Barang yang lepas, hey jangan dikenanggggg…”

Dah!  gi sambung wat kje..takyah sesusah nak kenang balik hal dolu2..

sekian, entry aku kali nie..muahahahha..konpem da entry ni tak sempurna..maaflah..

tah ape motifnye entry aku nie..keji betul….





*empty*

rasa yang teramat bosan sekarang ni. bos takde (belum masuk lagi sebenornye), keje pun takde nak dibuat. bukan hari ni je, tapi hari-hari ... alaaa memangpon keje aku hari-hari takde keje ..jangan jealous uols!!! mmm...la la la la la la….


~gambar sekadar hiasan..tade sangkut-paut ngan entry ini~

mata dah la ngantuk, nak tidor apelak kate opismate aku nanti..kaedahnya, terpaksela aku buat-buat sibuk..mmm…semalam berborak ngan anak buah aku sampai tak hengat dunia (muahahaha boley caye ker?)... last-last pagi ni aku jugak yang bangun lambat. sedar-sedar jam aku dah kul 6.20. cemana la aku tak perasan henpon aku bunyi. tersedar pun sebab aku dengar bunyi bising. rupanya, jiran sebelah dok terkial-kial bukak pintu grill nak anta anak dia tunggu bas sekolah.. sabo je la aku nyah..tapi, takpelah jugak. kalau tak sebab dia bukak grill tu, silap2 mau terlajak aku smpai tengahari and kalau tak sebab ilang RM100, mmg aku dah MC pagi td. malas tul nak gi keje. aku dah tau dah konpem takde keje nye. sudahnya aku dah jadi cam orang biol kat sini. bosan tahap gaban. nak cuti rasa sayang lak cuti aku tu.

syian kat anak2 aku arr..tak sempat nak masak tadi..tinggalkan nasi lemak je..itupun sebab bapak diorang baek ati nak belikan..kalo tak, bapak diorang jugak la yg masakkan nasi tuk diorang..muahahahha…

mmmm..syukurla.. sebab aku hanye bosan takde kje je..(selebihnye bersyukur sebab senang nak surf tenet..muahahahah..) nak compare ngan Kak Syidah opis sebelah bawah tu hari-hari banyak kje..dah tu tension giler tahap bapak kepade bapak gaban lagi..dan setau aku setakat hari ni, dah 11 kali opis die bertukor ganti clerk..huhuhu tak dapek den nak menolong ehh.. (as infom by her la ‘kan..bukan aku buat-buat sendiri ayat nie..). tu la, salah sape erk?? Salah opis dia sebelah bawah opis aku ke, atau salah budak2 tu gi keje kat opis sebelah bawah tu?????

cemane erk???


July 27, 2010

EEee..YULKK!!!


Hentikan makan McDonalds Chips--‐--‐French Fries.
Ianya disalut dengan lemak babi dan adalah haram bagi Orang Islam memakannya…

MACDONALDS McDonald's announced in the 1990's that it changed
its frying oil from animal fat to vegetable oil for those who are
vegetarian.
However, it turned out that this information did not turn out to be
completely true French fries are fried slightly in animal fat then
frozen and shipped to all the McDonald's stores for the final frying.
The following information was announced on the Arabic BBC
channel.
Basically, what they do is they cut the potatoes into slices and then
coat them with a thin layer of lard (pig fat) or cow fat so that
when it is fried it will crunch. Then these fries are shipped to
 McDonald's stores in different parts of the world including
India and the Arab countries.
Mc Donald's apologized to the Indians after receiving complaints,
since a good number of Indians do not eat anything that has
ingredients derived from animals. And of course no apology has
been made to the Arab countries. So in summary, Mc Donald's
fries is coated with a layer of either cow fat or lard (pig fat
which is thicker and cheaper) then shipped to all Mc Donald's
stores over the world, which is then fried in vegetable fat.
Please alert all those you know of this information.

Secara terang terang Islam ditipu oleh orang America. Mereka mohon maaf pada orang India
tapi tidak kepada Islam. Ade ke patut?????.

Bertindak lah dengan segera, JANGAN makan lagi McDonald selepas ini..

~~sumber: bkn dari aku~~



Betullll....Siyes, Akupon Tak Paham..

Eeh? ada plak eyh camtu...??:D



Dengarlah luahan hati binatang-binatang ini... isk isk isk T_T

LEMBU

Sedap-sedap jer korang kata bodoh cm lembu ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh cm kambing ker ayam ker, arnab ker...


HARUAN

Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan..kan... kan..


KERA

Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!

Sampai biru muka kera tu makan belacan! muahahaha ;p


KAMBING
Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh... kata aku tak mandi... tu ayam,arnab, lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku jer yang jadi perbandingan, Ini tak ADIL




MURAI

Elehhhh... apa hal jadikan aku perbandingkan lak nie...?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR... .Tu pompuan-pompuan tu lagi la... mulut dorang lagi bising kalau membebel..



Tapi kan.. ada satu lagi binatang aku nak tambah iaitu...



BABI
Siyes aku x faham kenapa orang selalu mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu..??? walaupun aku haram untuk dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan mencarut! betul2 x adil neh! (luahan hati si khinzir...)

~~sumber: email~~



July 21, 2010

Sejenak, Mengingati Mati..Kerana, Mati Itu Pasti....

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan).


Datangnya Kematian Menurut Al Qur’an :

1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan risiko-risiko kematian.
Katakanlah: “Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154).

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kukuh atau berlindung di balik kepakaran doktor yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini.
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, meskipun anda di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:7 8).

3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS al-Jumu’ah, 62: 8)

4. Kematian datang secara tiba-tiba.
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34).

5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat.
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu
kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11).



Sharing is Caring....

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan puteranya yang berusia 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan puteranya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat. Puteranya  itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan pula agak lebat”.
Dengan muka kehairanan, puteranya itu bertanya, “Tapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”
Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.
Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.
Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.
Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .
Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."
"Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tetapi, tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.
Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.
Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka".
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.
Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.
Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.
Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;
“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"


 

July 20, 2010

Hujung Minggu Yang Ceria.. Penuh dengan bunga-bunga..

Meh..layan picces kitowang kat Floria 2010 - Putrajaya. Aku nak komen lelebih tak berape bijakle pulak..maklum ar ni la pestime aku g tengok exhibition nih..muahahah..lagipun aku bab flora-flora flower nih, mmg terserlah kelemahannya..heheheh..yea la 'kan..aku biase ternak kumbang je..

lawa..lawa..

menarik..menarik..turtle versi bunge & kacang ijo..hehehhe

la..mamat ni minat bunge jugak ker???

ish!!..ni antara kumbang yg aku ternak, ngeh!ngeh!ngeh!


antara yg dipamerkan..bonsai


mokcik tumpang 2kaki..muahahah

Dah penat kaki pusing sane, pusing sini g bawak anak2 pusing2 kat Alamanda plak..Cis! nipun pestime jugakla aku sampai sini..agak jakun jugakle aku...nak wat cemane 'kan?. Tuan Yg Terutama aku tuh memanjang busy..nipun kalo takde Kak Syidah yg hangkut aku ntah ler..pakat tak jejakle Alamanda tuh..

syonok tengok bebudak ni bahagie..


suke bile kene peluk..


riang ria bile syakali2 dpt bebas cenggini..

makan time...pree gitu...

waaahh..selera bebeno diye..

sekali tersangkut kt celah gigi daaa..errr si Abang ade talent jadi dentist x?

Balik umah ade surprise lak dari anak sedare aku sorang ni..dia pikir ini hari harijadi aku..muahahahah..dpt mkn kek pree....eh! mkn pree lg...tp yg tak syioknye ade ke patut sponsor kek ben10 'tuk aku..cis! ekceli harijadi aku 7/9 da..bukan 18/7..cemane blh hilang ingatan nih?

potong kek sambil kontrol ayu..muahahahah..
bkn kontrol ayu, tapi serba salah daaa..

waahh..sgt letih hari ini..baring2 sambil tidak menyedorkan diri..

dan malamnye....

Tuan Yg Terutama belanje Mee Goreng Mamak untuk santapan anak-beranak..


muahahahahahahaha....