May 27, 2010

Bahagiakan Hati Kita...

Assalamualaikum;

Wah..bagi salam, cam sopan je ‘kan?. Elokla tu..bagi salam tu ‘kan sunat? Dan jawab salam tu pulak wajib..haaa korang dah jawab lum salam aku tadi…?. Jawab, jangan tak jawab..

Mmm..hari Khamis yang mulia ni, aku rase cam nak kongsi tips je ngan korang semua..hehehehe..
iye le..dari aku aniaya korang n diri aku sendiri ngan membace n3 yg ntah hape-hape mende yang merepek meraban kat blog aku ni, baik aku kongsi tips ngan korang ‘kan? Ade gak faedahnye..tips tu pun kire ilmule juge..dan korang semue pun tau ‘kan?, ilmu yang dimanfaatkan dengannya …ha..takkan terputus ganjarannye walopun korang dah ninggalkan dunie yang fana ni, tau?...

Jadi, korang manfaatkanle tips yg aku perturunkan kat ngkorang nie..bukan utk sape-sapepun..untuk kite-kite juge..Ops! toksah dok membebel pepanjang le..meh aku settlekan n3 ni dulu..pas tu baru meraban bab bende2 lain…





Tips yang aku nak kongsi ni ialah Macamana Nak Bahagiakan Hati Kita…ingat tuh! hati kita, bukan hati dia..dan bukan juga hati bukan kristal..Kalau hati kita bahagia, Insya Allah..bahagiale hidup kite..sebab ape aku kate kalau hati kite bahagia, make hidup kite juge akan bahagia..haaa..takkan le korang tak tau ‘kan?..

Rasulullah saw pernah bersabda ..“Ingatlah bahwa dalam jasad tiap-tiap manusia itu ada segumpal daging, yang mana jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.”.Jadi, janganlah biarkan hati korang rosak, sakit dan seumpamanya..meh same-same kite ikuti tips-tips ni untuk membahagiakan hati kite….



1°Janganlah Bimbang!
    Kebimbangan adalah penyebab aktiviti dan fikiran kita
    tidak produktif.

 2° Jangan membiarkan ketakutan yang tidak beralasan menguasai
     hidupmu!
     Kebanyakannya, sesuatu yang kita takutkan tak pernah terjadi
     punnn!!!

3° Jangan menyimpan dendam!
     Hal inilah yg paling besar dan sering menghalang seluruh
     hidup kita!!!

4° Selesaikan setiap masalah satu per satu!
     Setiap masalah harus dihadapi satu persatu..
     Jangan lari dari masalah..Nanti bertubi-tubi
     masalah tu mengejor kite..Hanya inilah cara
     menangani setiap persoalan, satu demi satu.

5° Semua masalah tak perlu dibawa tidur!
     Hal tersebut buruk dan tidak sihat, biasakanlah tidur
     dengan nyaman dan nyenyak..


6° Jangan mencampuri masalah/urusan orang lain! 
     Mereka memiliki cara sendiri untuk menangani setiap masalahnya
.
7° Jangan hidup pada kenangan silam!
     Nikmatilah masa lalu sebagai kenangan, namun jangan bergantung
     padanya. Konsentrasilah hidupmu pada kejadian ketika ini dan
     anda akan bahagia sekarang, bukan hanya pada kenangan silam.
     Ops! jangan ungkit2 perkara silam yea..yang dah berlalu tu biorla
     berlalu..

8° Jadilah pendengar yang baik!
    Hanya dengan menjadi pendengar, seseorang itu akan mendapat
    dan belajar idea-idea baru yang berbeza  dari orang lain.

9° Jangan biarkan rasa kecewa merosak dan mengatur hidupmu!
    Kasihanilah dirimu lebih dari segalanya. aktiflah dengan
    kegiatan-kegiatan yang positif.


ORANG YG DIANGGAP PALING BERSYUKUR KEPADA
ALLAH IALAH ORANG YG PALING BERTERIMA KASIH
 KPD MANUSIA. -RIWAYAT AT-TABRANI


10° Hitunglah rahmat ALLAH!
      Jangan sekali-kali melupakan rahmat Allah yang kita terima
      walau sebesor zarah sekalipun..Syukurilah  ia…
      Semakin banyak rahmat kecil yg kita kumpulkan,akan
      semakin bererti lagi hidup kita.

Ok..korang dah dapat pun tips ni ‘kan..so, korang kene le ingat,
kalau korang dah tau dengan betul, tapi tak buat perkara yang betul..
tak ade le gunenye..sebab mengetahui perkara dengan betul
tak memadai dan tak mencukupi kalo kita tak buat perkara yang
betul…hehehehe…


May 26, 2010

Luahan Hati....

Eee …Ape la nak jadi ngan ko ni?
Apsal suke nor buang mase.?
Apsal tak gune mase ko betul2?
Nape le ko asyik layan awe nafsu je?
Membute..membute..membute…
Tengok tv…tengok tv..tengok tv..
Tu je le yg ko tau...
Bukanle tak bole…tapi kau kena le tau priority.
Ni tak, Benda yang patut ko buat, ko tak buat..
Tapi benda yang tak penting, itule yang utamenye ko nak buat.
Apsal nih?
Bukanke ko dah tahu itu salah, itu tak betul.
Bukanke ko dah bace banyak buku?
Ops! Silap..ko mmg tak suke membace ‘kan?
Eee.. bukanke ko dh faham benor ape yang perlu ko buat?
Abis? Nape ko idak juge nak bertindak?


Apa lagi yang ko dok tunggu nie?
Nape le masih tak nak berubah?
Abis semue lingkup sebab ko..
Banyak plan aku fail sebab ko la..
Abis terhenti sekerat jalan.
Camane aku nak teruskan?
Aku dah cakap dah goal aku dgn clear,’kan?
Sanggup ko susah payah wat aku cenggini?
Ko ni sebijik cam parasite tau..
Adik beradik pelesit jugak la..


Aduih…tension btul le ngan ko nie…

Hah!!!????????


Apa yang ko nak tunggu lagi nie?
Tercegat kat situ wat pe???


Bla la…!!!


May 25, 2010

Mayat Hidup Semula Utk Urus Diri Sendiri...


Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana
mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.
Kejadian berlaku disebuah daerah pedalaman Indonesia yg berbukit bukau.
Jika ada kematian di Kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa
hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya
berhenti bila sampai dirumahnya. Kuasa ini dibuat supaya tidak
menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut..

Apsal lak mayat tu balik semule ke umah?. Patutnye die jalan kaki pi kubur a..
alamak..berite tak abih dah roger n out..

sowi a...aku c&p je dari email yg aku trime pg nie...



May 21, 2010

Berkuku Panjang?..


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi,
jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang….
bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk pemeliharaan
dan penternakan kesemua sepuluh kandang babi-babi tersebut….
potonglah kuku anda.


The Truth
———-
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku
panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan
kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan
tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai
anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab
diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya
semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa,
buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar
pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu
mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan
rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang
berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak
cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar
kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.
Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman
seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci
tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek
untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Wallahu’alam bissawab.



May 20, 2010

Kadangkala...(tak serupa senjakala..)




Kadangkala...
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita...



Kadangkala...
ketika kita sedang menderita
tiada orang nampak derita kita ....




Kadangkala....
ketika kita risau
tiada orang nampak kerisauan kita .....




Kadangkala...
ketika kita gembira
tiada orang nampak kegembiraan kita ....














tapi kalau KENTUT!! Sekali je cukup....
Semua orang tau!!
Hahahaha!!



GOTCHA!!!

Korang ingat ni nak buat cerita menyayat hati ker?






May 19, 2010

Ibu....Adik cume nak tanye je...


Adik...cuma nak tanya je ibu, kenapa begini jadinya? 
Cinta Februari Bu, adik Cuma ingin bertanya…


Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya. ..

Ibu ingat 14 Feb tak?
Malam tu ibu ada janji temu....
Ibu jumpa jejaka tu...
Ibu kata dia cintakan ibu..
Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?



Kenapa dia tidak ada sama menyambut adik?
Kemana dia telah pergi tidak azankan adik?
Mengapa ibu pun benci adik?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?


Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidakkah lagi ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....





"Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?.......

petikan dari Genta Rasa.




May 18, 2010

XtVt Sampingan Aku...

Sepatutnye n3 ni lama dah kuor...tapi, dek kerane sibuk menyiapkan diorg nyer laporan tu, jd aku save la dulu..kan senang jadi secretary ni... sampai skrgpun laporan tak sudah-sudah...heheheheh..
Nie la sebahagian dari XtVt sampingan aku..meluangkan sedikit masa ngan kengkawan sekolah yg dh lebih 10thn aku tak jumpe..Alhamdulillah, berbekalkan sedikit kesepakatan dan juge keserasian kitorang mule le menubuhkan satu team yang diberi name BSL..Budak Sekolah Lambor atau nak manis lagi, kite leh panggil Belie Sekolah Lambor...Bukanle susah sangat nak jejak kengkawan aku ni sumer..senang je..gune ujung jari dan sedikit air liur je..yea le, kene tpon diorang dan ayat sepatah due..Sekolah Lambor ni letaknye kat kg aku..diantara Kg. Tlk. Sareh n Kg. Tlk. Bakong, kg. Lambor Kanan n Kg. Lambor kiri..Kg. Paloh, Bt. 16, Durian Sebatang, Kg. Talang, Pulau Tiga, Teluk Sena, Tlk Bedayung, n Pasir Sena...Jadi, budak2 yg belajor kat sini terdiri dari budak2 dari semue kg2 tu la...hish! berape banyak kg da...
Gambor ni sumer mase AGM (1) kitorang pd 08/05/2010 kat Dewan Tasek Permaisuri 2, Cheras..hwah! hwah! hwah! ...mesorat sampai tak hengat anak mini kat umah..apa taknye dari jam 20.30 sampai ke 00.00...
Bile dh dpt jumpe kgkwn ni, fullamak..punye le syiok, siut...lupe seketika yang diri ni dh bukan lagi remaje..udh dewase, tapi pehangai ngalahkan bebudak remaje...ade ke patut?.
Cube perati model-model kat depan tu...huk ala! tak tau nak kate...yang kat belakangpun tak kurang dasat...
syiok siuttttt...sebenornye ramai juge yg berjaya dijejaki..tapi sebab mlm tu mlm mggu, jd msg2 ade hal..tak ramaile yg dtg mesoratnye...disebabkan tak ramai yg dtgle makenye jwtn secretary tu tetap lagi aku yg pegang..



May 17, 2010

Award Paling Berat Dlm Dunia...

Award ni aku dapat percume jea..…Big Mama yang suh aku angkat dari blog die..korang tak caye…nie statement dia..

17 May 10, 03:11 PM
maya: normi...mekacih...berat sgt le award tu...nti dpt forklift aku angkat le..

15 May 10, 09:09 AM
normi: maya...kalo sudi sila amik award kat blog ai ye...

Huah! Huah! Huah!….Kalo dh angkat Award ni mesti le kene angkat ngan syarat2nye sekali, kan? Hui, berat wooo.......ha..mohle kite jawab soklan dr pemberi Award ni. Kalau korang tak nak jawap soklan, jangan ringan2 tgn nak angkat bawak balik umah korang ini Award, K?

1st of all, copy n publish le award ni kat blog korang ekk, cam aku munyer kat atas tu....
pas tu wat ucapan skit je pade yang offer suh angkat Award ni td, ..he..he..he
"many2 thx la pd Big Mama sbb sudi offer Award ni kat aku ekk...mmm sukala hati, jiwa dan nyawa tauu...."

Then, ni jawapan tuk soklan2 yg diberi :
1) Ape yang bermain di fikiran u allz sekarang?
ape ekkk....dah 5 minggu berturut-turut aku plan nak g bli bra..tapi, xd sape nak tmnkan aku g.. myluv aku? Mmm..

2)Apakah nama samaran u allz
nama samaran?...mmm banyak…heheheh..ade yg panggil Jutt, Miyah & MAYA ...korang nak panggil aku Jenat pun, aku halalkan…

3)Berikan 3 orang yang u allz sayang
Family aku, family myluv and korang laaa..

4)Panggilan untuk si dia
Mmm "apaknye" laaa....sbb ....heheheheh..

5)Hadiah yang u allz impikan dari seseorang yang istimewa
mm…doakan kejayaan aku dunie akhirat..hehehehe..tak mahalpun..

6)Blog mana yang u allz suke visit
Semua blog aku singgah.....especially yg byk bg ilmu dn blh mengembangkan minda aku, dan sedikit sebanyak blh bagi keinsafan kat aku..hehehehe..

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger u allz...
eh! aku baru je berblog.....tak kire le...pade sape-sape yg menyinggah tu..jaga2 la..'' ANDA TLH DI TAG ''...WA..KA..KA..KA...SILA AMBIK EKKK.....




Yang Dikatakan Kemajuan....

.... heheheheh kate aku "kemajuan membebankan aku..."
hati2 wat statement wey...Bos lame aku kate, "sebenornye inile yang dikatakan kemajuan membebankan rakyat..." heheheh....
Nih yang buat aku geram sesangat nih...nak terbakor pun ade..
Cube korang perati kat I/C aku tuh..nampak cacat-cela tak?..nampak?...ha..memangle ade cacat-celanya sebab aku dh modified tadi atas sebab ciri2 keselamatan...kunun nak avoid penyalahgunaan la...
Mase lunch hour td, aku g bank..ingat nak kuar duit ASB skt, sebab aku dah terlebih simpan bln ni...simpan punyer lebih, sampai aku tak ckup pakai...ceh! dari CIMB aku kena panjat tgga Maybank lak..dari Maybank die suh aku try kat RHB lak..hangin je...ade ke patut?..semue ni sebab chip pd I/C tu la...Last2 dh sampai RHB, "akk...mmm...I/C akk xleh bace le...kalo akk nk kuar juge, akk g Pejabat Pos je le..". Huh! punye le payah..dah le menapak dari bank ke bank, kene tggu turn lg..pastu duit xdpt2 gak lagi...mujur le bank tu sebelah nyebelah je..kalo berbatu, idakle weh...nak ke Pejabat Pos?. walla wey, malas la pulak..Pejabat Pos tu pulak terletak kat dalam Tesco...Nak ke Tesco, kene tempuh jem....ish! tak sanggup...
Ape, huduh sgt ke I/C aku ni sampai xleh nk  bace?..


May 14, 2010

Kebesaran Ilahi....Allahu Akbar..

C&P dari email yang aku terima hari ini...tak tau nak kata apa lagi....Ya Allah...

Libya...Permukaan seperti di Bulan....Masya Allah...

Wilayah Di Atas Awan...terletak di Iran...Subhanallah...