April 4, 2010

JAWATAN KOSONG - WAJIB DIISI...

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR
TANPA SEBARANG PENGECUALIAN BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DIBAWAH:-
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat anda membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:Tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham dan juga saham Internet.
Tidak dikehendaki bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap dan seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:1. Siapa Tuhan kamu?
2. Apa Agama kamu?
3. Siapa Nabi kamu?
4. Apa Kitab kamu?
5. Di mana Kiblat kamu?
6. Siapa Saudara kamu?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu juga. Ia bernama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hassan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam.
Semoga berjaya dalam temuduga ini.Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah
Sama2lah kita saling ingat-mengingati bersama...

No comments: